Aku Yang Baru


Assalamualaikum w.b.t


Bila kali terakhir update blog ye? 3 @ 4 tahun lepas. Masa tu aku masih lagi bergelar pelajar IPTA. Tapi sekarang ??? Aku dah bergelar pekerja. Yess.. pekerja atau orang panggil kuli ( in good way okay) dalam bidang " Islamic Law' atau dalam bahasa ibunda kita 'Undang - Undang Syariah". Jangan tanya aku bagaimana aku boleh pilih jalan ni. Aku hanya mengikut perancangan Allah dan mungkin juga doa daripada kawan - kawan . 


Tiba - tiba teringat selepas SPM 2007, aku dapat tawaran untuk sambung 'Tamhidi Syariah dan Undang - Undang' di USIM. Seriously masa tu , tak pernah langsung terfikir nak berada dalam bidang undang - undang. Tapi kawan - kawan dan saudara asyik cakap, "nanti kalau ada apa - apa , boleh aku cari kau la." Aku aminkan aja yang baik - baik. 


Bila sambung 'degree' masih terumbang - ambing hala tuju selepas belajar nanti. Bila waktu kena siapkan assignment , aku siapkan , bila kena 'present' , aku present. Bila kena sit exam , aku exam. macam tak de life langsung . Dah besar panjang pon still blur pasal life sendiri ( jangan jadi macam aku ) hahaha. 


Bila sampai waktu praktikal , Allah bukakan hati aku untuk pilih tempat praktikal di firm sekarang. Dan nasib menyebelahi aku. Lepas tempoh praktikal ( 4 bulan ) , bos offer kerja dengan dia. Off course i am happy. Sebab masa tu aku dah berkira - kira nak apply kerja dengan bos. Belum sempat apply , sudah di'offer'. Alhamdulillah.. Allah Maha Kaya. Di awal perjalanan pekerjaan aku , hanya aku dan bos ( suami isteri ) yang kerja..means 3 orang staf je..aku ngadap muka bos , bos ngadap muka aku. Macam tu lah sehingga 3 Tahun.. Sekarang staf dah bertambah dan kerja pon makin banyak..fuhhhh.. Tinggalkan bab kerja dulu


Okeyh..post - post sebelum ni aku dah delete. 


Reasons ?? 


Sebab isinya macam kebudak - budakan. Sekarang rasanya sama jugak, tapi lebih baik gituu.. Dah lama sangat tinggalkan dunia blog dan terasa kekok sikit. InsyaAllah , impian aku dalam blog ni nak berikan nafas baru. No more childish stories. Tapi maaf kalau ada termasuk sikit. Mungkin tak boleh hilang dalam diri ni. hahahahahah


InsyaAllah. Jumpa lagi. 


Comments