Posts

Aku Yang Baru

Assalamualaikum w.b.t

Bila kali terakhir update blog ye? 3 @ 4 tahun lepas. Masa tu aku masih lagi bergelar pelajar IPTA. Tapi sekarang ??? Aku dah bergelar pekerja. Yess.. pekerja atau orang panggil kuli ( in good way okay) dalam bidang " Islamic Law' atau dalam bahasa ibunda kita 'Undang - Undang Syariah". Jangan tanya aku bagaimana aku boleh pilih jalan ni. Aku hanya mengikut perancangan Allah dan mungkin juga doa daripada kawan - kawan . 

Tiba - tiba teringat selepas SPM 2007, aku dapat tawaran untuk sambung 'Tamhidi Syariah dan Undang - Undang' di USIM. Seriously masa tu , tak pernah langsung terfikir nak berada dalam bidang undang - undang. Tapi kawan - kawan dan saudara asyik cakap, "nanti kalau ada apa - apa , boleh aku cari kau la." Aku aminkan aja yang baik - baik. 

Bila sambung 'degree' masih terumbang - ambing hala tuju selepas belajar nanti. Bila waktu kena siapkan assignment , aku siapkan , bila kena 'present' , aku presen…